Friday, 8 September 2017

Sajak Palestin 2

DUKA PALESTIN, DUKA KITA
Sungguh hatiku menangis
Jiwaku merintih kesakitan,
Peritnya!
Sakit…
Disaat kedamaian itu diragut!
Tanpa sekelumit belas yang disisakan
Maruah wanita dihina, dipermainkan, dipijak henyak!
Celaka!
Sungguh celaka!
Jasad mereka dijadikan mainan peluru
Das! Das! Das!
Apa mereka tidak tau?
Mereka juga manusia….
Simpati?
Ya, itu sahaja yang aku mampu
Tahan sahaja sebak yang membuku dijiwa

Duhai bumi Gaza,
Tanah barakah, teratak aqso
Masyarakatmu tak akan berhenti berjuang
Perjuanganmu tak akan sirna
Biarlah setiap tetes darah itu menjadi saksi jihadmu!
Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar!
Kami disini turut berentap
Dengan senjata ummat Islam
Kami kirimkan buatmu
Semoga kemenangan itu milik kita
Hancurkan mereka! Hancurkan mereka! Hancurkan mereka!


Nur Sofea Hanim binti Ahmad Ruzaizi
8 Jun 2017


No comments:

Post a Comment